BruneiKu.com
Personifikasi dan Perulangan Puisi-puisi dalam Suara Karya K. Manis
  • New
  • Out-of-Stock

Personifikasi dan Perulangan Puisi-puisi dalam Suara Karya K. Manis

BND$7.00
Tax excluded

Buku ini berfokus kepada kajian "stilistik" atau kajian linguistik dan kesusasteraan. Data yang dijadikan sumber ialah bahasa kesusasteraan yang dikhususkan kepada bahasa puitika dan analisis berdasarkan linguistik. Unsur-unsur personifikasi dan perulangan dalam puisi-puisi K.Manis merupakan tumpuan penelitian. K.Manis ialah seorang penyajak atau penyair Brunei yang prolifik dan merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara Tahun 2007. Puisi-puisi beliau yang dijadikan sebagai data termuat dalam Kumpulan Puisi Dalam Suata (2009) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Unsur-unsur personifikasi dan perulangan merupakan dua daripada beberapa kategori penulisan bersifat figuratif yang boleh menghasilkan kesan imaginasi yang efektif dan berkeupayaan menimbulkan gerak balas estetika. Penelitian dalam buku ini didasarkan melalui sebahagian ciri foregrounding (bengoestetikaja). Dengan perkataan lain, tidak semua ciri foregrounding daripada puisi-puisi K.Manis dibincangkan. Dilihat pada keseluruhan, didapati bahawa puisi-puisi K.Manis amat menekankan kepada pemilihan unsur-unsur personifikasi (seperti objek, alam, tempat dan kata mana abstrak). Selain itu, pemanipulasian bunyi dalam perulangan (seperti perulangan bunyi vokal, bunyi konsonan, suku kata KVK dan suku kata KV) dalam bahasa puitika adalah sebagai penekanan kepada apa yang ingin diekspresifkan oleh penyajak.

Data sheet

ISBN
978-99917-69-65-3
Tarikh terbitkan
2021

16 other products in the same category: